Subscribe:

Wednesday, 28 November 2012

Belimbing besi



Nama saintifik bagi belimbing besi ialah Averrhoa carambola. Ia tergolong dalam keluarga Oxalidaceae. Nama lain bagi belimbing besi ialah belimbing manis dan starfruit.

Belimbing besi akan berbuah sepanjang tahun dan boleh dituai sehingga enam kali dalam setahun. Ia boleh dibiakan dengan menggunakan kaedah pembiakan mata tunas dan kaedah pembiakan tut.

Buah ini perlu dipetik apabila terdapat perubahan warna daripada warna hijau gelap ke warna hijau kekuningan. Kebanyakkan buahnya mempunyai biji, namun ada juga yang tidak mempunyai biji bergantung kepada kultivarnya. Buah belimbing besi amat berjus serta mempunyai rasa masam dan manis.


1 comments:

Unknown said...

maklumat yang berguna dan dapat mengenal nama-nama buah (saitifik). Teruskan usaha anda.

Post a Comment